YANG MANA KATA MAJMUK EKSOSENTRIK DAN KATA MAJMUK ENDOSENTRIK?

PENGENALAN

Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih kata dasar dan bentuk kata yang terhasil bersifat sama seperti satu perkataan dan membawa makna tertentu (Ahmad Khair Mohd Nor, 2014). Menurut Abdullah Hassan (2006), kata majmuk adalah bentuk binaan yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Setiap perkataan ini boleh terdiri daripada kata tunggal ataupun kata terbitan. Oleh itu, bertitik tolak daripada definisi, kata majmuk merupakan gabungan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna satu makna. Gabungan kata-kata ini boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 

OBJEKTIF-
  1. Menganalisis perbezaan antara kata majmuk endosentrik dan eksosentrik.

  2. Mengetahui lebih mendalam makna dan ciri-ciri serta jenis kata majmuk.


KATA MAJMUK ENDOSENTRIK

Kata majmuk endosentrik dibina melalui hubungan endosentrik. Salah satu unsur kata majmuk endosentrik ialah ia mempunyai fungsi sintaksis dengan seluruh kata majmuk. Perkataan gambar mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan gambar rajah. Oleh itu, perkataan rajah boleh digugurkan, namun gambar mempunyai fungsi yang sama dengan gambar rajah. Dalam Bahasa Inggeris pula kata majmuk endosentrik ialah perkataan yang mempunyai “head”, iaitu bahagian utama yang menentukan makna gabungan kata majmuk itu. “Head” menyatakan maksud teras kata majmuk itu dan ia tergolong dalam leksikal yang sama kategori dengan kata selain ‘head’ salam kata majmuk itu secara keseluruhan (Aronoff dan Fudeman 2011). Sebagai contohnya, kata majmuk "blackboard", ‘head’ kata majmuk ini ialah "board" dan "black" yang menentukan jenis papan itu. 

Kata majmuk ini membawa makna sintaktik kepada kata majmuk itu. Perkataan lain tidak boleh disisipkan antara kereta api kerana ia akan mengubah makna kata itu. Sebagai contohnya dalam ayat kereta api itu merah.

  1. Kereta itu merah.

  2. Api itu merah.

Kereta dan api masih menjadi subjek dalam kedua-dua ayat itu walaupun diasingkan kepada 2 ayat yang berbeza dengan berlainan konteks. Selain itu, perkataan kereta api juga mematuhi hukum D-M (yang Diterangkan (D) mendahului yang Menerangkan (M)). Kereta menjadi unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan api menjadi unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh: kereta (diterangkan (D)) inti kepada api (menerangkan (M)) yang menerangkan inti.

“Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika melawat lokasi nahas dan penumpang yang ditempatkan di hospital susulan mengalami kecederaan berkata, 'tiada sesiapa yang sepatutnya bertanggungjawab' akan terlepas” Ayat ini dipetik dari akhbar Berita Harian. 

Kata majmuk endosentrik dalam ayat di atas ialah Perdana Menteri. Kata majmuk ini dibentuk dengan mematuhi hukum M-D di mana Perdana merupakan kata yang menerangkan manakala menteri merupakan kata yang diterangkan. Perdana (M) dikedepankan manakala Menteri (D) diletakkan pada kedudukan kedua. Selain itu, kita juga boleh contoh daripada akhabar ini :

Bekas Presiden-Presiden Majlis Peguam menyelar 'serangan' ke atas badan kehakiman dan hakim-hakim yang mendengar kes SRC International, berikutan tular surat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di media sosial.

Kata majmuk endosentrik pada ayat di atas ialah badan kehakiman. Kata majmuk ini mematuhi hukum M-D kerana kehakiman menjadi unsur yang diterangkan dalam kata majmuk ini.perkataan badan pula menjadi unsur yang menerangkan.


Dalam bahasa Inggeris pula kata majmuk endosentrik dipanggil endocentric compound. Menurut Masharipova Adolat (2021), bagi mengenal pasti sama ada binaan ini endosentrik atau tidak, kita boleh mengujinya dengan menggugurkan salah satu dari konstituen kata majmuk tersebut. Ujian ini adalah untuk melihat sama ada salah satu konstituennya dapat mendukung makna keseluruhan kata majmuk. Sebagai contohnya,


1. The bookshelf in the library is big..

2.. Teacher Lalita wrote all the notes on the whiteboard.


Ayat majmuk pada kedua-dua ayat di atas boleh diubah seperti kata majmuk di bawah dan maksud ayat itu masih kekal sama dan tidak mengubah makna. 


3.  The shelf in the library is big.

4. Teacher Lalita wrote all the notes on the board.

KATA MAJMUK EKSOSENTRIK

Menurut Abdullah Hassan (1982), kata majmuk eksosentrik tidak mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan salah satu dari konstituennya. Hal ini demikian menunjukkan konstruksi ini adalah yang terkecil, iaitu setiap satu daripada konstituennya perlu wujud. Kata majmuk eksosentrik ialah kata majmuk yang tidak boleh dibentukkan oleh mana-mana perkataan yang boleh menggantikan fungsi seluruh kata majmuk itu dalam ayat. Kata majmuk eksosentrik tidak menunjukkan fungsi sintaksis yang sama dengan salah satu daripada unsurnya. Dengan kata lain, binaan ini adalah binaan yang terkecil iaitu setiap satu unsurnya perlu wujud. 


Daripada segi maknanya, kata nama majmuk eksosentrik dapat memberi makna yang dinyatakan oleh mana-mana bahagiannya. Kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + (objek) atau pelengkap, iaitu dua bahagian terkecil dalam ayat yang mempunyai hubungan antara kata kerja transitif dan objek (pelengkap), iaitu satu hubungan paksi. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti rangkai kata bebas, istilah khusus dan kiasan.


Contohnya,

3a) Sebarang pelanggaran akan ditangani dengan serius, tanpa rasa takut atau pilih kasih. (Berita Harian, 2023)

3b) Sebarang pelanggaran akan ditangani dengan serius, tanpa rasa takut atau pilih dan kasih.*

Berdasarkan contoh ayat di 3a), “Sebarang pelanggaran akan ditangani dengan serius, tanpa rasa takut atau pilih kasih.”, perkataan “pilih kasih” terdiri daripada kata nama majuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu bersifat berat sebelah dalam membuat keputusan. Menurut Arbak (1984), sebagaimana kiasan atau simpulan bahasa tidak dianggap sebagai kata majmuk. Manakala menurut Nik Safiah (1997) dan Aishah (1978) berpendapat bahawa simpulan bahasa boleh digolongkan dalam kata majmuk walaupun terdapat gejela tumpang tindihnya Berdasarkan contoh ayat di 3b), “Sebarang pelanggaran akan ditangani dengan serius, tanpa rasa takut atau pilih dan kasih.” terdapat sisipan perkataan “dan” dalam perkataan “pilih kasih”. Menurut Abdullah Hassan (2006) kata majmuk tidak boleh disisipi dengan perkataan lain. Contohnya, apabila dan disisipkan di antara rumah dan tangga, maka maknanya berubah. Sebagai contoh, rumah dan tangga mempunyai makna yang berlainan daripada rumah tangga. Oleh sebab itu rumah tangga adalah kata nama majmuk. Persoalannya, adakah kesemuanya kata nama majmuk tidak boleh disisipi dengan perkataan lain?


Seterusnya, kata majmuk eksosentrik dalam bahasa Inggeris.

Exocentric Compound: four-eyes – The compound does not have a clear head word. Instead, “four” and “eyes” combine to create a new concept. It refers to a person who wears glasses.

4a) They always called him “four-eyes” in class.

4b) They always called him four in class.*

4c) They always called him eyes in class.*


Berdasarkan ayat di atas di 4a), “They always called him “four-eyes” in class.” perkataan “four-eyes” mempunyai maksud tersendiri. Sekiranya perkataan “four-eyes” dipisahkan, “four” dan “eyes” tidak dapat berdiri sendiri dalam ayat tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak mempunyai “head” yang jelas dan makna keseluruhannya tidak dapat disimpulkan daripada morfem konstituennya, seperti "copet", iaitu orang yang memilih poket. Dalam bahasa Inggeris, ahli linguistik British, Francis Katamba (1994) dalam buku Morphology mengatakan endocentric is said to be more productive than exocentric.

RUMUSAN
Perbezaan utama terletak pada tafsiran semantik perkataan kata majmuk. Kata majmuk endosentrik mempunyai “head” yang jelas yang menentukan makna keseluruhan, contohnya, "bunga matahari" ialah sejenis bunga. Kata majmuk eksosentrik pula ialah kata majmuk yang tidak ada daripada perkataan-perkataan yang membentuknya yang boleh menggantikan fungsi seluruh kata majmuk itu dalam ayat. Dengan kata lain, perbezaan utama antara endosentrik dan eksosentrik terletak pada cara unsur-unsur dalam frasa atau klausa saling berkaitan. Dalam ayat endosentrik, unsur-unsur tersebut berkaitan langsung dengan inti frasa atau klausa, sedangkan dalam ayat eksosentrik, ia mempunyai unsur tambahan atau penghubung yang diperlukan untuk mengaitkan unsur-unsur tersebut.

Comments